23 Oktober 2012

PERUNDING TAKAFUL DI ETIQA TAKAFUL



KAMI MENJEMPUT SIAPA YANG BERMINAT INGIN MENYERTAI ETIQA TAKAFUL UNTUK MENJADI PERUNDING TAKAFUL SECARA SAMBILAN.

  • ) AGEN TAKAFUL KERETA/MOTOR
  • ) AGEN TAKAFUL KELUARGA.
JUGA BERITA TERBAIK KEPADA AGEN-AGEN ETIQA TAKAFUL.AGEN-AGEN YANG MEMBAWA MASUK SIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMJADI AGEN ETIQA TAKAFUL,ETIQA TAKAFUL AKAN MEMBERI BONUS BAGI SETIAP ORANG YANG DIBAWA MASUK.

TAWARAN SEHINGGA AKHIR TAHUN INI...


Hubungi : -


KB MUTIARA AGENCY
( BERHADAPAN KFC KUBANG KERIAN )
NO.1379. LEVEL 2,
JLN RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2,
WISMA SALI, KUBANG KERIAN,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7657900   FAX: 09-7641710   EMAIL : kbma14@yahoo.com






PERKHIDMATAN MEMPERBAHARUI TAKAFUL DAN CUKAI JALAN KENDERAAN

SUDAH TAMAT TEMPOH!!!
ANDA TIADA MASA??
ANDA SIBUK??

KAMI BOLEH SELESAIKAN MASAALAH ANDA.

KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN TAKAFUL KENDERAAN DAN CUKAI JALAN KENDERAAN (ROADTAX) TANPA GERAN.
KAKITANGAN KERAJAAN YANG BERMINAT UNTUK MEMPERBAHARUI TAKAFUL KENDERAAN DAN CUKAI JALAN KENDERAAN AKAN DIBERI DISKAUN SEBANYAK 5% DARI HARGA PREMIUM.

KAMI JUGA MENAWARKAN PLAN TAKAFUL KELUARGA.
KAMI  JUGA TAWARKAN PLAN TAKAFUL KELUARGA TERBARU IAITU ULTRA MEDIC RIDER(UMR).

hubungi : - 
                                             
                                               
                                                  KB MUTIARA AGENCY
( BERHADAPAN KFC KUBANG KERIAN )
NO.1379. LEVEL 2,
JLN RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2,
WISMA SALI, KUBANG KERIAN,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7657900   FAX: 09-7641710   EMAIL : kbma14@yahoo.com








18 September 2012

KuRsUS unTUK Menguatkan MiNdA...

Adakah anda seorang yg produktif & proaktif? Memiliki kekuatAn minda yg mantap & profesional dlm merangsang perniagaan anda?FIKIRkan...Di akademi..Kami menyediakan kUrsus PRODUCT REFRESHER (TAKAFUL) DAN PRODUCT REFRESHER (INSURANS) pADa: 25/9/2012 dan 26/9/2012 berTEMpat: dI AKADEMI KB..Kepada agent2 yg berminat blh hubungi (09-7657900) kami untuk pendaftaran...

11 September 2012

Kata-kata Inspirasi...

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
.....fikir-fikirkan.....

09 September 2012

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging....

Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

05 September 2012

Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

04 September 2012

Mutiara kata...

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."

03 September 2012

Travellog

Penyucian jiwa di tanah suci

Umrah akhir ramadhan 2012

Hati ini masih tertanya-tanya kapan bulan berapa untuk aku ke umrah tahun ini.masih tiada idea kerna masih sibuk dgn kerja Dan kekurangan ongkos.masa berlalu pantas spt biasa dr hari ke hari,bulan ke bulan.....sehingga la tiba bulan syaaban iaitu bulan sebelum ramadhan.hati ini terdetik mengingatkan masa semakin suntuk kerna peluang utk ke umrah semakin terhimpit.utk buat haji mana mungkin kerna daftar hajinya tidak sekali-kali...terasa hati ini mau pergi tapi tak cukup wang..kerna semuanya digunakan utk pelaburan emas yg harganya tidak memungkinkan aku utk menjualnya sekarang....camma ya?...

Hari berlalu ...tiap pagi aku ke office spt biasa...satu pagi aku terima panggilan talipon dr kuala lumpur......ya panggilan itu bakal memenuhi hajat aku.syukur kpd ilahi kerna dgn panggilan tadi aku mendapat biaya utk umrah ku Kali ini.

Aku Cuba mendapatkan jadual perjalanan umrah dari beberapa syarikat yang mengadakan perkhidmatan tersebut.setelah mendapat jadual Dan sebutharga dari mereka, aku membuat penelitian tiap satu dan ada satu jadual yang bertepatan dengan keinginan ku..syarikat ini telah aku gunakan perkhidmatan mereka pada umrah ku tahun 2010.

Jadual yang aku pilih untuk umrah Kali ini adalah 8.8.2102(rabu) bersamaan 19 ramadhan 1433 hingga 21.8.2012(selasa)/ 3 syawal 1433

Maka harinya tiba iaitu rabu 8.8.2012/ 19 ramadhan 1433 hijrah

Day 1 - 8.8.2012/19 ramadhan 1433 rabu

Aku bertolak seawal pagi dr Kota bharu dgn penerbangan pertama MAS mh1427 KB-KL pd jam 6:40 am.penumpang penuh utk penerbangan pagi itu....Dan spt biasa aku mendapat tempat di tengah pesawat selari dengan sayap pesawat.tidak Tahu kenapa,setiap Kali naik pesawat acap Kali tempt aku adalah selari dengan sayap...mungkin untuk 'balancing' kot.sebelah ku masih kosong satu tempat duduk.semua penumpang telah mengambil tempat duduk masing-masing.ku Kira tempat sebelah ku tiada penumpang..tiba-tiba ada empat orang penumpang yang baru masuk ke pesawat Dan salah seorang dari mereka menuju ketempat kosong disebelah aku.seorang laki-laki baya aku..kelam kabut dia kerna terlewat tadi kerana solat subuhnya berjemaah di surau sebelum sampai airport.nasibnya agak baik walaupun sampai,kaunter pendaftaran telah ditutup tapi dibuka semula kerna ada kes emergency yang melibatkan pesakit untuk pembedahan langsung di hospital kuala lumpur.dalam penerbangan kami sempat berkenalan Dan berbual.rupanya beliau juga merupakan jemaah umrah sama dengan ku.perginya sendirian juga sama dengan ku.45 minit berlalu,maka kami pun mendarat d lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur.keadang d klia masih lagi lenggang,tak ramai orang.selepas mengambil bagasi kami terus ke tingkat lima untuk tempat berkumpul jemaah umrah kami.masa masih awal pagi.ku perhatikan jemaah umrah yang sama dengan ku dari kelantan tak ramai dalam 11 orang.

Aku melihat jadual perjalanan yang disediakan oleh pihak ajen perjalanan iaitu masa berkumpul adalah pad a 12:00 t/hari d kaunter k/L untuk urusan 'check in'.

Masih awal lagi kata ku,baik ku gunakan kesempatan ini untuk menunaikan solat sunat Dhuha Dan berehat d surau KLIA yang mana berada dilevel yang sama.tidak ramai orang disurau tersebut.ada la dalam 3 orang sedang solat sunat.lepas mengambil wuduk,aku langsung ke ruang solat untuk Dhuha 8 rakaat.lepas solat ku pikir masih banyak waktu,makan tidak boleh,mau tidur tidak mengantuk lebih baik aku menbaca quran sementara menunggu jam 12:00 t/hari.

Masa untuk ke kaunter k untuk urusan check in pun tiba,aku ke sana untuk urusan tersebut,ku lihat ramai jemaah telah sampai terlebih dahulu,setelah menyerahkan bagasi ku,pihak travel agent Akan membuat taklimat akhir sebelum kami menaiki pesawat.

Penerbangan kami Saudi Arabian Air SV 829 kuala lumpur-madinah berlepas jam 1500.

Selepas taklimat akhir diruang anjung KLIA,ku perhatikan agar ramai juga jemaah umrah kami iaitu seramai 120 orang Dan ku perhatikan Ada jemaah kami yang aku rasa familiar mukanya....yaaaa saudara Azwan Ali..selepas itu kami semua terus ke balai berlepas iaitu dibangunan satelit.

Jam 1400,kami ke ruang menunggu untuk menaiki pesawat,jadual berjalan lancar. Dalam masa menunggu tersebut,aku terjumpa dengan beberapa kenalan lain yang Akan menaiki pesawat yang sama.kami dipanggil untuk masuk kepesawat,pesawat kami Boieng 777.agak selesa pesawat ini jika dibandingkan dengan Boieng Jumbo Jet.

Tepat jam 1500, pesawat sedia untuk berlepas

Tahun ini genap 10x aku ke Arab Saudi untuk menggerjakan umrah

07 Julai 2012


CORETAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI DI AGENSI ETIQA TAKAFUL



     Nama diberi Mohd. Hazeem Akhmal B Che Zubir salah seorang mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Jurusan yang sedang diikuti merupakan Sarjana Muda Ekonomi dan perlu mengikuti kursus latihan industri (LI) di salah sebuah industri sebagai kelayakan akademik wajib untuk bergraduasi. Saya berasa amat bertuah sekali kerana telah terpilih untuk mengikuti LI di salah sebuah agensi insurans Etiqa Takaful; KB Mutiara Agency. Ini merupakan kali pertama saya melangkahkan kaki ke dunia pekerjaan dan saya jangkakan akan memperolehi pengalaman yang sangat berharga

Kursus Service To Sale

Salam...Kepada wakil etiqa semua yang ingin menambah pengetahuan ilmu untuk meningkatkan jualan anda.
Ikutilah Kursus 1 hari Service To Sale (8CPD Hour) yang akan diadakan pd 19 Julai 2012 (khamis) tujuan kursus m'ggunakan pelanggan sedia ada utk tingkatkan jualan anda..
Tempat terhad utk 25 wakil shj..Kbmutiaraagency Etiqatakaful...

30 April 2012

SURPRISED BESDAY 2 EN.BOSS..

31.03.2012


simple mimple...


"eppy besday 2 u.. (2x) eppy bsday 2 u.. boss"  moga pjg umur, murh rezki & bahagia sokmo =)




potong kuehnyerr...potong kuehnyerr...sekarang hiihhihih (  versi indonesia  ;D )

13 Februari 2012

VALENTINE DAY




VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)
Menurut pandangan Islam
Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik(disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  dukungan(pengaruh) media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dicekoki(dihidangkan) dengan iklan-iklan Valentine Day.

 SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM 

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
 Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 

1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 

2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 

3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 

4. OPERASIONAL
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah firman Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain.Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
 

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

 
 

01 Februari 2012

RAMLY FRANKFURTER (SOSEJ) LEMBU ADA DNA KHINZIR...

















>>> JAWAPAN KEPADA EMAIL RAMLY FRANKFUTER (SOSEJ) LEMBU ADA DNA KHINZIR...




Macam mana Jakim nak inform public. Sijil halal berdasarkan pada tempat proses yg sama semasa permohonan. Pertukaran owner syarikat tak ada kena mengena dengan pengiktirafan sijil halal sebab pekerja masih sama dan nama syarikat masih sama. “Dah lama dah”…..cina menggunakan cara ini utk menyakinkan orang islam. Beli syarikat melayu atau syarikat yg dah ada sijil halal. Mudah ringkas cepat dan Berjaya mengabui mata orang islam. Lagi nama pulak “RAMLY” sama juga dgn pau “AHMAD” yang tertipu umat “MUHAMMAD”. Nak tawakal tapi sekarang dah tau, maka terbatalah tawakal kita tadi. Tukarlah jenama baru “AGROMAS” 100% bumiputra FAMA punya. Kalau dia menghidangkan yg tak halal juga terpaksalah dia tanggung. Wallahuallam.


Untuk pengetahuan semua rakan2, setelah aku berjumpa dengan Datuk Ramly “Ayahanda Negeri Selangor”dia bukan lagi pemilik Ramly Burger. Pemilik barunya adalah 1 tokey cina. Terjualnya syarikat tu setelah dia teraniaya oleh sahabat beliau sendiri yg menjual syarikat tersebut kepada tokey cina nie didalam keadaan Datuk Ramly kesempitan wang dulu. So kesimpulannya jenama melayu tapi bukan hak milik orang islam lagi.

Sekian harap maklum.


09 Januari 2012

JAWATAN KOSONG…

             1.)     ADVISOR
·         Syarat kelayakan :
( SPM )

2             2.)    ASSISTANT MANAGER     
·         Syarat kelayakan :
( DIPLOMA,IJAZAH )

3               3.)    AGENCY MANAGER
·         Syarat kelayakan :
( Berpengalaman yang berkaitan  dengan Takaful,Insuran dan Unit Trust )

INDIVIDU – INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG DI SYARIKAT KAMI,AKAN MENIKMATI PELBAGAI KEMUDAHAN DAN 
INSENTIF –INSENTIF YANG MENARIK.

·         Pendapatan yang lumayan
·         Pendapatan yang berterusan
·         Waktu kerja yang bebas
·         Bonus tahunan yang menarik
·         Peluang melancong ke luar negara  dengan percuma
·         Peluang umrah dengan percuma
·         Latihan disediakan dengan percuma
·         Perniagaan boleh diwarisi

Ø  KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT  SILA EMAIL  RESUME ANDA KEPADA SYARIKAT KAMI.
Ø  UNTUK MAKLUMAT  LEBIH LANJUT  SILA HUBUNGI PIHAK KAMI DITALIAN BERIKUT:
Ø  TARIKH TUTUP : 29/02/2012

KB Mutiara Agency,
(BERHADAPAN KFC KUBANG KERIAN )
No.1379. Tingkat 2,
Jalan Raja Perempuan Zainab 2,
Wisma Sali, Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel :09-7657900  Fax : 09-7641710
Email : kbma14@yahoo.com