17 September 2014

RENEW INSURANS KENDERAAN DAN CUKAI JALAN ANDA BERSAMA KAMI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima Kasih kerana mengunjungi KB Mutiara Agency. Nama saya MOHD NOOR CS, CEO KB Mutiara Agency. Saya merupakan agen insurans yang berdaftar dengan ETIQA TAKAFUL dan merupakan agen MYEG. Saya berpengalaman lebih 10tahun dalam urusan memperbaharui insurans dan roadtax secara online. Saya boleh dihubungi di talian 013-9227578 untuk mengetahui maklumat lanjut.

Saya boleh membantu anda untuk memperbaharui insurans dan roadtax MYEG tanpa perlu anda mengambil cuti dan beratur panjang di pejabat pos atau JPJ. Semuanya dijalankan melalui online dan roadtax MYEG anda akan dihantar terus ke rumah atau pejabat anda.

Ramai yang renew insurans mereka disebabkan ingin menghidupkan roadtax. Tapi tidak mengetahui hak sebagai pemegang polisi. Apabila kemalangan berlaku, mereka menggunakan duit sendiri sedangkan kenderaan mereka dilindungi insurans.

Antara masalah yang biasa dihadapi mengenai insurans kenderaan adalah seperti berikut:

1. Apa yang perlu buat jika kenderaan saya mengalami kemalangan ?

2. Bagaimana hendak transfer NCD jika saya mempunyai insurans kenderaan dari luar negara ?

3. Apa beza FIRST PARTY insurans dan THIRD PARTY insurans ?

4. Cermin saya retak atau dipecahkan perompak, bagaimana ingin buat tuntutan ?

5. Bagaimana ingin membuat tuntutan jika kenderaan dihempap pokok atau ditenggelami banjir ?

6. Bagai ingin memindahkan NCD jika kenderaan saya hendak dijual ?

KEPADA SIAP SAYA INGIN MERUJUK PERMASALAHAN DIATAS ? ? ?

Anda tidak perlu risau. Semua pelanggan yang memperbaharui insurans dengan saya akan mendapat khidmat nasihat secara percuma.

RENEW INSURANS DAN ROADTAX MYEG SECARA ONLINE

CARA CEPAT, JIMAT DAN SELAMAT untuk anda RENEW INSURANS & ROADTAX MYEG
di KB MUTIARA AGENCY

1. Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank & JPJ.

2. Menjimatkan tenaga menempuhi kesesakan jalan raya.

3. Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti belanja parking & petrol.

4. Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS & JPJ.

5. Mengelkkan bosan menunggu di Bank untuk mendapatkan geran.

MAHUKAH ANDA?

1. Memperbaharui insurans & roadtax MYEG dengan cepat, selesa & mudah ?

2. Perlindungan kenderaan mengikut lunas islam : SISTEM TAKAFUL.

3. Menerima roadtax MYEG dalam masa 24 jam di rumah atau dipejabat anda.

4. Pindahan NCD untuk pembaharuan tanpa masalah.

5. Memperbaharui roadtax MYEG tanpa memerlukan geran asal yang disimpan di bank.

6. Membayar roadtax MYEG melalui online banking.

7. Anda juga boleh menggunakan kad kredit atau mesin deposit.



03 September 2014

Jawapan yang sering kita dengar apabila seseorang ditanya "KENAPA TAK AMBIL INSURANS"?



1) "nantilah dulu, aku baru je mula kerja"
- Kalau esok datang kerja kemalangan macam mana?

2) "ala, mati tu kerja tuhan"
- Tuhan tak bagitau bila kita mati jadi sebelum mati kena la beringat.

3) "aku kan muda lagi takkan dah nak ambil insuran"
- Masa muda la bagus sebab tengah sihat, premium murah protection tinggi.

4) "umur aku 30 baru nak ambil"
- Kalau sblm umur 30 dah kena penyakit kritikal, lepas tu baru nak apply agak2 syarikat insurans nak bg tak?

5) "ala, kalau dah mati habis cerita, aku bukan ada waris pun"
- Kalau mati takpe, kalau hidup tapi hilang upaya kekal hidup pun segan mati tak mahu tak ke membebankan ibu bapa yg nak kena jaga.

6) "aku nak buat investment dulu, insurans kemudian"
- Kalau sakit tak mampu bekerja, agak2 investment kita yang baru setahun dua tu boleh bg jaminan tak sedangkan kalau ambil insurans nyawa hanya bayar RM50 sebulan dah ada jaminan RM50k sebaik sahaja permohonan diluluskan.

7) "ala, payah la kalau terdesak nak pakai duit"
- Apa yang payahnya saving blh withdraw anytime dan protection still berjalan mcm biasa, kalau premium tinggi kita blh kurangkan sehingga minimum RM50 kalau dah terdesak sangat. Biar sikit jangan takda langsung. Beli aksesori kereta, rokok, shopping, gadget dll boleh plk takkan RM50 sebulan untuk insurans diri sendiri tak boleh?

8) "aku bnyk komitment skrg ni, rumah, kereta, kad credit, anak sekolah, bil2, mcm mana nk ambil insurans"
- Yang ni lagi wajib ambil! Seandainya esok berlaku musibah dan kita hilang upaya kekal, sape yang nak kena tanggung semua hutang2 tu kalau bukan family, isteri dan anak2. Kita dah tentu la tak mampu bekerja. Bukan ke kalau ada insurans selesai masalah. Kalau rase bnyk komitmen ambil la dulu yang paling rendah. Bila ekonomi dah stabil nti tambah.

9) "aahh! insurans semuanya penipu"
- Jangan salahkan syarikat insurans sebabnya mereka hanya mengikut polisi. Kalau polisi kata blh claim so blh la claim. Kalau polisi kata tak boleh memang tak boleh la. Syarikat insurans berniaga bukannya memberi belas ehsan. Agen hanya sebagai wakil syarikat dan bukan semua perkara dapat diterangkan dalam masa yang singkat. Kita sebagai peserta seharusnya memahami isi kandungan polisi dan bertanya jika ada kemusykilan bukannya polisi dibiar begitu sahaja. Didlm insurans ada tempoh2 bertenang yang kita perlu tahu. Jangan menipu fakta jika anda seorang perokok, mempunyai sejarah penyakit atau pembedahan dan sebagainya semasa membuat permohonan takut kelak jika syarikat insurans mengesan adanya penipuan, insurans anda hanya sia2.

10) "masuk insurans tak untung banyak, baik aku simpan kat ASB"
- Insurans utk perlindungan bukannya utk buat duit. Nak simpan atau invest kt mana2 sekali pun ambil la insuran terlebih dahulu sebab simpanan dan investment tak memberi jaminan sekiranya kita sakit.

APA LAGI ALASAN ANDA UNTUK TIDAK MENGAMBIL INSURANS?
ANTARA SEBAB2 KENAPA KITA PERLU ADA INSURANS NYAWA!

1) Menggantikan pendapatan yang hilang sekiranya kita hilang upaya kekal dan tidak mampu bekerja atau meninggal dunia bagi menjamin masa depan keluarga dan pendidikan anak2 yang kian meningkat.

2) Bagi yang tidak berkeluarga, pampasan insurans boleh diberikan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya kita menjadi bebanan kepada mereka kelak.

3) Menampung perbelanjaan pengkebumian dan tak perlu menyusahkan orang lain oleh kerana segala perbelanjaan ditanggung oleh insurans.

4) Untuk membayar kos perubatan yang tinggi sekiranya kita menghidap penyakit kritikal dan rawatan boleh disegerakan tanpa perlu membebankan dan meraih ehsan orang lain.

5) Melangsaikan segala hutang2, bil2 perubatan, bil kad kredit yang tertunggak sekiranya kita tidak mampu bekerja untuk menjana pendapatan.

6) Meninggalkan sedikit harta kepada keluarga jika berlaku kematian agar harta tersebut boleh dimanfaatkan ke arah kebajikan.

7) Menyediakan simpanan jangka masa panjang yang boleh digunakan pada waktu kecemasan.

8) Memaksimakan wang persaraan.

9) Insurans bukan sekadar menyimpan tetapi terdapat juga pelaburan disamping perlindungan yang berpanjangan.

10) Sebahagian daripada wang pampasan boleh digunakan untuk membuat upah haji, qurban dan wakaf sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya. Sekurang2nya dapat juga pahala haji walaupun tak sempat menunaikannya.

UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA


“Korang ada RM36,000 cash tak?”

“Takde..” Nothing much I can say kalau korang takde duit sebanyak tu sebab aku rasa tak ramai pun sebenarnya yang ada cash banyak tu dalam saving (termasuk aku.. huhuhu).

Sebenarnya itulah amaun yang ditunjukkan oleh salah seorang member sekolah rendah aku masa aku mengeteh dengan diorang malam raya hari tu dan amaun tersebut bukanlah jumlah duit yang dia ada dalam saving account dia sebaliknya bil hospital di salah satu pusat rawatan pakar yang perlu dibayar oleh client dia untuk memasukkan ‘balloon‘ ke dalam salah satu injap jantung dia yang tersumbat. Beliau yang merupakan seorang ejen insuran cuba untuk memberi kesedaran (bukan promote) tentang perlunya insurans/takaful dalam hidup kita. Itu kalau satu injap.. bagaimana pula kalau keempat-empat injap yang tersumbat. Jawabnya, korang standby je la dalam RM144,000 (RM36K X 4). The most pun yang korang boleh buat selain dari membuat pinjaman is refinance/jual je rumah yang korang ada, betul tak? Hmmm..

Pucat muka memasing bila dengar RM36K tu
Kami (aku dan 5 orang member yang lain) yang pada mulanya cuba avoid untuk ‘dipancing’ oleh member aku ni sebaliknya terus tertarik untuk membicarakannya dan out of 6 yang ada pada malam tu, hanya aku dengan Cikgu Kamil je yang ada medical card (insurans/takaful). The rest.. samaada polisi diorang dah lapsed atau pun memang tak pernah ada dan mereka ini semua rasa terpanggil untuk buat next appointment dengan member aku tu memandangkan usia diorang yang dah makin lanjut tambahan pula hampir setiap hari kepulan asap rokok ‘menyucikan’ paru-paru diorang, mana tak gabra jadinya. Atas sebab inilah sebenarnya aku lebih mementingkan untuk membayar premium insurans dari membeli kereta ini sepertimana yang disarankan oleh MatJoe baru-baru ini.. hehe.

Sorry beb aku bukannya nak promote korang suruh amik insurans/takaful sebab aku tahu pasti ada yang mempunyai pengalaman ‘ngeri’ bila deal dengan insurance claim dan sebagainya, tetapi pastikanlah yang sekurang-kurangnya korang ada critical illnesses policy sebagai ‘payung’ korang supaya korang takkan menggelabah bila nak kena come out dengan RM36,000 tu.

senyum senyum selalu, dan fikir-fikirkanlah




02 September 2014

TEMUDUGA TERBUKA !!

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2014 (KHAMIS)
MASA : 11.30 PAGI - 1.00 PTG
TEMPAT : KB MUTIARA AGENCY, WISMA SALI DEPAN KFC KUBANG KERIAN

KELAYAKAN:

1) WARGANEGARA MALAYSIA.
2) KELULUSAN SPM/SIJIL/STPM/DIPLOMA/IJAZAH.
3) PEREMPUAN @ LELAKI.
4) TETAP SAHAJA.
5) BOLEH BEKERJA DI BAWAH PENGAWASAN MINIMA.
6) PENAMPILAN DIRI YANG BAIK.
7) BERDAYA SAING .

*SILA BAWA BERSAMA RESUME, SIJIL-SIJIL AKADEMIK DAN SIJIL YANG BERKAITAN.
*SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI
MOHD NOOR CS
013-9227578
 

MEDICAL CARD SERENDAH RM100

SERENDAH RM100!!! Adakah anda masih tercari-cari kad perubatan yang mampu memenuhi keperluan anda? TAHNIAH! Anda telah berada di tempat yang betul. Memperkenalkan... Kad perubatan yang menampung 100% bil perubatan anda tanpa bayaran ko-takaful atau caj-caj terselindung...






JADUAL MANFAAT MEDICAL CARD ETIQA


Perhatikan jadual manfaat kad perubatan syarikat kami. Rawatan dialisis buah pinggang yang boleh mencecah RM2,000 sekali rawatan syarikat tanggung 100% (AS CHARGED). Rawatan Kanser/Barah dan pembedahan ditanggung 100% (AS CHARGED). Semua item AS CHARGED ini adalah pembiayaan 100% PERCUMA



KENAPA HARUS MEMILIH TAKAFUL ETIQA MEDICAL CARD?

Kelebihan Medical Card Etiqa Takaful 

1. Hanya gunakan Kad Perubatan (Medical Card) untuk kemasukan ke panel hospital. Kos hospital ditanggung 100% oleh Etiqa Takaful

2. Ciri-ciri unik Takaful Ultra Medic Rider:

a) Tiada Co-Takaful ( biasanya kebanyakan syarikat akan kenakan bayaran co-takaful/insuran 10% kepada peserta)
b) Overall Lifetime Limit sehingga RM1.5 juta sepanjang hayat
c) Annual Limit sehingga RM300,000 setahun
d) Pemeriksaan Pakar (In-Hospital Specialist Visit)
e) Kebaikan Penjagaan untuk Kanak Kanak (Guardian Benefit for Insured Child)
f) Pendapat Kedua tentang Pembedahan (Second Surgical Opinion)
g) Rawatan Kecemasan Pergigian disebabkan Kemalangan (Emergency Accidental Dental Treatment)
h) Rawatan Kecemasan disebabkan Penyakit (Emergency Sickness Treatment)
i) Rawatan Fisioterapi Pesakit Luar Outpatient Physiotherapy Treatment (follow-up where there is a physiotherapist besides another during hospitalization
 j) Bonus Tanpa Tuntutan (No Claim Bonus) sebanyak 5% setiap tahun. 

3. Jaminan pembaharuan sehingga ke umur 88 tahun selagi dalam lingkungan had seumur hidup

4. Memiliki ciri-ciri Perkongsian Keuntungan daripada Konsep Perniagaan Takaful

5. Perlindungan meliputi pra kemasukan dan selepas keluar hospital

6. Pelan Perubatan yang mematuhi undang undang Syariah

7. Kemudahan untuk kemasukan ke lebih 90 Panel Hospital

8. Mempunyai pilihan untuk ke panel hospital dan jenis bilik

9. Tiada bayaran untuk kemasukan ke hospital. 100% dibiayai oleh Etiqa Takaful


PERATURAN

Takaful Ultra Medic Rider boleh di gandingkan dengan Polisi Takaful Keluarga yang baru seperti:


1. Etiqa Harmoni
2. Etiqa Prisma
3. Etiqa Prisma +
4. Etiqa Mabrur
5. Etiqa Intelek
6. Etiqa karisma


Tempoh menunggu untuk kemasukan ke hospital adalah selama 30 hari dari tarikh kuat kuasa sijil melainkan disebabkan oleh kemalangan

Kelayakan Penyertaan (pada tarikh lahir akan datang)
Minima : 30 hari
Maksima : 59 tahun
Umur Maksima Dilindungi : 88 years old

Cara Pembayaran
Semua pembayaran mestilah sama dengan Sijil Asas

Contoh: Jika Sijil Asas adalah secara bulanan, maka sama juga dengan Rider(manfaat tambahan)







 Pesakit dialisis bertambah seramai 5,000 orang setiap tahun. Dianggarkan seramai 27,000 orang mengalami masalah buah pinggang sehingga akhir tahun 2012. Kos dialisis - RM24,000 setahun bagi seorang pesakit. 10 tahun =RM240,000. Mana nak cari duit sebanyak tu semata-mata untuk tanggung kos rawatan? Jual rumah? Jual kereta? Pinjaman peribadi? Kredit Kad? atau meminta simpati dan bantuan sedangkan kita telah diberi kesempatan untuk membuat perancangan menghadapi musibah. Ayuh mulakan pelan perancangan kewangan ini SEKARANG!