03 September 2014

Jawapan yang sering kita dengar apabila seseorang ditanya "KENAPA TAK AMBIL INSURANS"?



1) "nantilah dulu, aku baru je mula kerja"
- Kalau esok datang kerja kemalangan macam mana?

2) "ala, mati tu kerja tuhan"
- Tuhan tak bagitau bila kita mati jadi sebelum mati kena la beringat.

3) "aku kan muda lagi takkan dah nak ambil insuran"
- Masa muda la bagus sebab tengah sihat, premium murah protection tinggi.

4) "umur aku 30 baru nak ambil"
- Kalau sblm umur 30 dah kena penyakit kritikal, lepas tu baru nak apply agak2 syarikat insurans nak bg tak?

5) "ala, kalau dah mati habis cerita, aku bukan ada waris pun"
- Kalau mati takpe, kalau hidup tapi hilang upaya kekal hidup pun segan mati tak mahu tak ke membebankan ibu bapa yg nak kena jaga.

6) "aku nak buat investment dulu, insurans kemudian"
- Kalau sakit tak mampu bekerja, agak2 investment kita yang baru setahun dua tu boleh bg jaminan tak sedangkan kalau ambil insurans nyawa hanya bayar RM50 sebulan dah ada jaminan RM50k sebaik sahaja permohonan diluluskan.

7) "ala, payah la kalau terdesak nak pakai duit"
- Apa yang payahnya saving blh withdraw anytime dan protection still berjalan mcm biasa, kalau premium tinggi kita blh kurangkan sehingga minimum RM50 kalau dah terdesak sangat. Biar sikit jangan takda langsung. Beli aksesori kereta, rokok, shopping, gadget dll boleh plk takkan RM50 sebulan untuk insurans diri sendiri tak boleh?

8) "aku bnyk komitment skrg ni, rumah, kereta, kad credit, anak sekolah, bil2, mcm mana nk ambil insurans"
- Yang ni lagi wajib ambil! Seandainya esok berlaku musibah dan kita hilang upaya kekal, sape yang nak kena tanggung semua hutang2 tu kalau bukan family, isteri dan anak2. Kita dah tentu la tak mampu bekerja. Bukan ke kalau ada insurans selesai masalah. Kalau rase bnyk komitmen ambil la dulu yang paling rendah. Bila ekonomi dah stabil nti tambah.

9) "aahh! insurans semuanya penipu"
- Jangan salahkan syarikat insurans sebabnya mereka hanya mengikut polisi. Kalau polisi kata blh claim so blh la claim. Kalau polisi kata tak boleh memang tak boleh la. Syarikat insurans berniaga bukannya memberi belas ehsan. Agen hanya sebagai wakil syarikat dan bukan semua perkara dapat diterangkan dalam masa yang singkat. Kita sebagai peserta seharusnya memahami isi kandungan polisi dan bertanya jika ada kemusykilan bukannya polisi dibiar begitu sahaja. Didlm insurans ada tempoh2 bertenang yang kita perlu tahu. Jangan menipu fakta jika anda seorang perokok, mempunyai sejarah penyakit atau pembedahan dan sebagainya semasa membuat permohonan takut kelak jika syarikat insurans mengesan adanya penipuan, insurans anda hanya sia2.

10) "masuk insurans tak untung banyak, baik aku simpan kat ASB"
- Insurans utk perlindungan bukannya utk buat duit. Nak simpan atau invest kt mana2 sekali pun ambil la insuran terlebih dahulu sebab simpanan dan investment tak memberi jaminan sekiranya kita sakit.

APA LAGI ALASAN ANDA UNTUK TIDAK MENGAMBIL INSURANS?
ANTARA SEBAB2 KENAPA KITA PERLU ADA INSURANS NYAWA!

1) Menggantikan pendapatan yang hilang sekiranya kita hilang upaya kekal dan tidak mampu bekerja atau meninggal dunia bagi menjamin masa depan keluarga dan pendidikan anak2 yang kian meningkat.

2) Bagi yang tidak berkeluarga, pampasan insurans boleh diberikan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya kita menjadi bebanan kepada mereka kelak.

3) Menampung perbelanjaan pengkebumian dan tak perlu menyusahkan orang lain oleh kerana segala perbelanjaan ditanggung oleh insurans.

4) Untuk membayar kos perubatan yang tinggi sekiranya kita menghidap penyakit kritikal dan rawatan boleh disegerakan tanpa perlu membebankan dan meraih ehsan orang lain.

5) Melangsaikan segala hutang2, bil2 perubatan, bil kad kredit yang tertunggak sekiranya kita tidak mampu bekerja untuk menjana pendapatan.

6) Meninggalkan sedikit harta kepada keluarga jika berlaku kematian agar harta tersebut boleh dimanfaatkan ke arah kebajikan.

7) Menyediakan simpanan jangka masa panjang yang boleh digunakan pada waktu kecemasan.

8) Memaksimakan wang persaraan.

9) Insurans bukan sekadar menyimpan tetapi terdapat juga pelaburan disamping perlindungan yang berpanjangan.

10) Sebahagian daripada wang pampasan boleh digunakan untuk membuat upah haji, qurban dan wakaf sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya. Sekurang2nya dapat juga pahala haji walaupun tak sempat menunaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan